2026-07-02
HaiPress

Foto AFP
[b]TOKYO,[/b][b]2 Julai[/b] – Seramai lima orang dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas seorang lelaki tidak sengaja melepaskan semburan anti-beruang di sebuah pejabat pos di pusat bandar Nagoya.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sejak 1 April lalu,sekurang-kurangnya lima orang disahkan maut akibat diserang beruang di Jepun.
Tahun lepas,13 kematian dilaporkan berlaku.
Malah pada minggu ini,pihak berkuasa sedang menyiasat kes kematian keenam melibatkan seorang lelaki dengan kesan gigitan haiwan ditemukan di kawasan pergunungan di utara Jepun.
Pakar sains mengaitkan lonjakan mendadak kes serangan berkenaan dikaitkan dengan pertambahan populasi beruang serta trend pengurangan penduduk di kawasan luar bandar menyebabkan haiwan liar tersebut mula menceroboh masuk ke kawasan bandar untuk mencari makanan.
Bulan lepas, puluhan anggota polis,pemburu dan pegawai bandar raya mengambil masa empat hari untuk menangkap seekor beruang yang berkeliaran di Utsunomiya,utara Tokyo,sehingga memaksa penutupan sekolah secara besar-besaran di kawasan tersebut.- AFP