Bimbang serangan Rusia, Muzium Holodomor pindahkan khazanah sejarah

2026-07-02 HaiPress

Foto AFP

[b]K[/b][b]IEV,2 Julai[/b] – Susulan tindakan Rusia yang memperhebat serangan ke atas tapak budaya dan sejarah Ukraine,pihak pengurusan muzium Muzium Holodomor di sini mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan koleksi berharga ke lokasi rahsia yang lebih selamat.

RINGKASAN BERITA AI

Antara insiden terbaharu termasuklah serangan dron Rusia pada bulan lalu yang menyasarkan Pechersk Lavra; sebuah biara abad ke-11 yang dilindungi UNESCO,selain Muzium Seni Kharkiv iaitu galeri utama di Dnipro serta studio filem di Kiev.

“Tujuan mereka adalah untuk memusnahkan warisan kami dan melenyapkan bukti sejarah seribu tahun Ukraine serta identiti budaya kami yang unik,” tegas Timbalan Menteri Kebudayaan,Ivan Verbytsky.

Sementara itu, Moscow menafikan dakwaan bahawa mereka menyasarkan tapak kebudayaan secara sengaja.

Rusia sebaliknya mendakwa insiden kebakaran gereja di Kiev tersebut berpunca daripada kegagalan fungsi peluru berpandu pertahanan udara buatan Amerika Syarikat yang dikendalikan oleh tentera Ukraine.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.