2026-07-10
HaiPress

Burung camar jambul besar (greater crested tern)/ Reuters
SYDNEY,10 Julai- Saintis mengesan virus selesema burung H5 yang sangat mudah berjangkit pada spesis burung laut tempatan di Australia buat kali pertama,menurut kerajaan negara itu pada Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Saya ingin menegaskan bahawa setakat ini tiada bukti berlaku kematian besar-besaran akibat selesema burung H5,” katanya pada sidang media di Hobart,ibu negeri Tasmania.
Beliau berkata tiada petunjuk virus itu telah merebak kepada populasi haiwan lain,ternakan ayam atau sistem pertanian,selain risiko terhadap kesihatan manusia kekal rendah.
Collins berkata saintis kini berusaha mengenal pasti laluan penyebaran virus berkenaan kepada burung tempatan.
Pada Jun lalu,saintis memaklumkan strain H5 telah menyebabkan kematian lebih 13,000 anak gajah laut selepas menjangkiti koloni pembiakan di Kepulauan Heard dan McDonald,salah satu wilayah luar Australia di kawasan sub-Antartika. -AFP