Hujan lebat luar biasa, Chile isytihar darurat bencana

2026-07-21 HaiPress

Keadaan di Chile selepas dilanda hujan lebat/ REUTERS

SANTIAGO,21 Julai – Chile mengisytiharkan darurat bencana di bahagian utara tengah negara itu pada Isnin susulan hujan lebat luar biasa yang mengorbankan lima nyawa serta mengakibatkan kerosakan infrastruktur.

RINGKASAN BERITA AI

Agensi itu menyifatkan keadaan berkenaan sebagai hujan luar biasa dan ekstrem.

Sementara itu,antara Sabtu hingga Ahad,Coquimbo merekodkan taburan hujan terkumpul maksimum sebanyak 84.9 milimeter di sebuah stesen pemantauan,kedua tertinggi selepas wilayah Atacama yang mencatatkan 102.2 milimeter.

Perkhidmatan Meteorologi Chile (MeteoChile) memaklumkan cuaca hujan dijangka berterusan,khususnya di Coquimbo,dengan episod hujan lebat dijangka berlaku sehingga Selasa.

Kerajaan wilayah turut menggesa penduduk supaya kekal berada di rumah,manakala anggota bomba,polis Carabineros de Chile dan tentera digerakkan bagi membantu operasi tindak balas.

Beberapa wilayah di Chile telah diletakkan pada bawah amaran cuaca sejak minggu lalu susulan sistem cuaca yang diperkukuh oleh fenomena El Nino.- REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.