2026-07-22
HaiPress

Presiden Chile,José Antonio Kast,mengisytiharkan darurat bencana di beberapa wilayah yang dilanda banjir dan ribut / Foto AFP
SANTIAGO,22 Julai – Presiden Chile,mengisytiharkan darurat bencana di beberapa wilayah yang dilanda banjir dan ribut selepas bencana itu meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa,menyebabkan empat lagi hilang serta mengakibatkan lebih 100,000 penduduk terputus hubungan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata,lebih 100,000 penduduk masih terputus hubungan selepas banyak jalan dinaiki air dan ditimbuni lumpur berikutan sungai melimpah.
Di kawasan luar bandar Coquimbo,anggota tentera menggunakan traktor untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam banjir,selain mengeluarkan mangsa menggunakan helikopter dari bumbung rumah mereka.
Gabenor Coquimbo,Cristóbal Juliá berkata,banyak kawasan kejiranan ditenggelami lumpur dan air sehingga menyebabkan ramai penduduk kehilangan kediaman serta harta benda.
“Kawasan kejiranan dipenuhi lumpur dan air. Ramai kehilangan rumah dan barangan mereka,manakala penduduk hidup dalam kebimbangan,” katanya.
Menurut beliau,hujan lebat pernah melanda wilayah itu pada 1997,namun bencana kali ini jauh lebih buruk daripada yang pernah dialami sebelum ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,Máximo Pavez pula berkata,jumlah hujan yang lazimnya direkodkan sepanjang sebulan turun hanya dalam tempoh sejam pada Ahad.
“Fenomena ini boleh disifatkan sebagai hujan yang luar biasa dan ekstrem,” katanya.
Menurut Direktorat Meteorologi Chile,negara itu tidak pernah mengalami ribut yang begitu meluas dengan taburan hujan sehebat ini dalam tempoh lebih dua dekad.
Sementara itu,Kementerian Tenaga memaklumkan kira-kira 150,000 pengguna di seluruh negara masih terputus bekalan elektrik akibat kerosakan infrastruktur.
Pengurus Wilayah syarikat utiliti Aguas del Valle,Andrés Nazer memaklumkan,kemudahan syarikat mengalami kerosakan teruk sehingga kakitangannya terpaksa dipindahkan dari beberapa lokasi operasi.
Selain banjir,ombak besar dan angin kencang melebihi 100 kilometer sejam turut memaksa puluhan pelabuhan di seluruh Chile mengehadkan operasi sebagai langkah berjaga-jaga sejak minggu lalu.
Chile sebelum ini pernah dilanda beberapa bencana cuaca ekstrem,namun pihak berkuasa menyifatkan kejadian kali ini sebagai antara yang paling buruk dalam tempoh lebih 20 tahun.
Saintis turut mengaitkan peningkatan kejadian cuaca ekstrem dengan perubahan iklim yang menyebabkan hujan lebat,banjir dan ribut berlaku dengan lebih kerap serta berintensiti tinggi. – AFP