Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah

2026-07-24 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Semarak Kenegaraan yang diadakan bersempena sambutan Hari Pahlawan,di sini / BERNAMA

PORT DICKSON,24 Julai– Peruntukan pertahanan negara meningkat 35 peratus berbanding 2022,peningkatan tertinggi pernah diberikan bagi memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

RINGKASAN BERITA AI

Pada masa sama,beliau menegaskan setiap perolehan mesti dilaksanakan secara telus,berintegriti dan bebas daripada sebarang amalan yang boleh menyebabkan ketirisan wang negara.

“Saya tak pernah campur nak beli apa. Bukanlah kepakaran saya,” kata beliau.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan yang diadakan bersempena sambutan Hari Pahlawan.

Beliau turut mengingatkan warga pertahanan supaya terus melaksanakan amanah dengan disiplin dan integriti demi mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.