AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia

2026-07-24 HaiPress

Mohd Azmi Abdul Hamid

KUALA LUMPUR,24 Julai – Rakyat Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik sebarang tekanan politik dan diplomatik terhadap Malaysia,sambil menegaskan hak negara untuk menentukan dasar luar serta dasar kemasukan tanpa campur tangan mana-mana pihak.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut Mohd Azmi wakil Kedutaan AS telah menerima memorandum berkenaan dan memaklumkan ia akan disampaikan kepada Presiden Amerika Syarikat,Speaker Kongres serta ahli-ahli kongres yang terlibat.

Dalam pada itu MAPIM juga akan terus mempertahankan kedaulatan negara serta menyokong pendirian kerajaan,termasuk ketegasan Perdana Menteri dalam mempertahankan dasar Malaysia terhadap isu Palestin dan Israel.

Memorandum tersebut mendapat sokongan 58 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan turut akan diserahkan kepada Perdana Menteri,ahli-ahli Parlimen serta parti-parti politik bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mempertahankan kedaulatan dasar negara.

Perhimpunan aman itu menghimpunkan peserta-peserta pertubuhan bukan kerajaan termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.