Runtuhan lombong emas Sukari ragut 1 nyawa, 5 cedera

2026-08-10 HaiPress

Lombong emas Sukari di Mesir – Foto fail

KAHERAH,10 Ogos – Runtuhan tanah yang berlaku dalam lombong emas terbesar di Mesir meragut satu nyawa pekerja dan mencederakan lima yang lain.

RINGKASAN BERITA AI

Terletak kira-kira 30 kilometer dari barat daya Marsa Alam,lombong Sukari dikendalikan oleh Sukari Gold Mines Company,sebuah syarikat usaha sama antara kerajaan Mesir dengan AngloGold Ashanti,yang mengambil alih lombong itu daripada syarikat operator terdahulu,Centamin,pada 2024.

Lombong terbabit mengeluarkan kira-kira 500,000 auns emas,setahun dan menyumbang ratusan juta dolar setahun kepada ekonomi Mesir.

Ia turut dilihat sebagai projek utama dalam usaha kerajaan memperluaskan sektor perlombongan serta menarik pelaburan asing.

Insiden dalam sektor perlombongan jarang berlaku di Mesir dengan aktiviti perlombongan moden berskala besar sebahagian besarnya tertumpu di lombong emas Sukari. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.