2026-08-11
HaiPress

Pembangkang bertindak keluar dari persidangan Dewan Rakyat / Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Ogos – Pembangkang sepatutnya memanfaatkan platform Dewan Rakyat untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji,bukannya meninggalkan persidangan hanya kerana Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Ahli Parlimen Klang,Ganabatirau Veraman berkata sebarang salah laku yang dikenal pasti perlu dikenakan tindakan bagi memastikan Tabung Haji kekal sebagai institusi yang kukuh,telus dan bebas daripada campur tangan politik.
“Saya sedih juga ada orang tak nak bahas dan keluarkan,dicari alasan. Sepatutnya perkara begini ada ruang supaya mereka ini bahas dan membawa kebenaran kepada rakyat,” katanya.
Terdahulu,pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat dan tidak mengikuti persidangan khas berhubung Laporan RCI Tabung Haji hari ini susulan ketiadaan Datuk Seri Anwar pada persidangan berkenaan.