2026-08-12
HaiPress

Datuk Seri Isham Ishak
SERDANG,12 Ogos – Lebih RM58 juta nilai jualan langsung disasar menerusi penganjuran Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media khas bersempena dengan penganjuran Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di sini hari ini
Dalam pada itu,beliau berkata MAHA 2026 turut menyasarkan lebih empat juta pengunjung termasuk penglibatan aktif 800,000 golongan belia.
“Kita mahu memastikan MAHA 2026 ini memberi impak bukan sahaja kepada industri hari ini tetapi untuk generasi pelapis kita pada masa hadapan.
“Kita yakin insya-Allah dengan penyertaan belia ini akan memberi semangat baru dalam agenda keterjaminan makanan dan untuk kita meningkatkan lagi minat dalam bidang pertanian,” katanya lagi.
Bertemakan ‘Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan’,MAHA 2026 akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),Serdang,dengan penglibatan lebih 2,000 pempamer dari dalam dan luar negara.