Trump yakin pertumbuhan ekonomi mampu tangani hutang AS cecah AS$40 trilion

2026-08-22 HaiPress

Presiden Donald Trump bercakap kepada media selepas turun dari pesawat Air Force One sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Myrtle Beach di Myrtle Beach,Carolina Selatan,untuk menghadiri perhimpunan kempen bagi Senator AS Darline Graham / Foto AFP

CAROLINA SELATAN,22 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump yakin,pertumbuhan ekonomi negara itu mampu menangani peningkatan hutang negara yang kini melepasi AS$40 trilion (kira-kira RM168 trilion).

RINGKASAN BERITA AI

Namun,peningkatan hutang itu menimbulkan amaran baharu mengenai risiko krisis fiskal,terutama apabila kos program jaringan keselamatan sosial dan bayaran faedah hutang meningkat jauh lebih pantas berbanding hasil kerajaan.

Hasil kerajaan turut terjejas akibat pemotongan cukai,sekali gus meningkatkan tekanan terhadap kedudukan kewangan negara.

Jumlah hutang kerajaan AS kini lebih dua kali ganda berbanding ketika Trump pertama kali mengangkat sumpah sebagai presiden pada Januari 2017,iaitu sekitar AS$19.95 trilion (kira-kira RM84 trilion).

Kira-kira satu pertiga daripada peningkatan itu berlaku dalam tempoh dua tahun ketika kerajaan AS meningkatkan pinjaman secara besar-besaran bagi membiayai langkah menangani pandemik COVID-19 di bawah pentadbiran Trump dan bekas Presiden Joe Biden.

Selebihnya berpunca daripada dasar fiskal kedua-dua pentadbiran,selain ketidakseimbangan hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Peningkatan hutang berlaku ketika kerajaan AS terus berdepan tekanan untuk membiayai program sosial,membayar faedah hutang dan memenuhi komitmen perbelanjaan lain.

Perkembangan itu meningkatkan persoalan mengenai kemampuan AS mengawal hutang dalam jangka panjang,terutama jika pertumbuhan ekonomi tidak cukup pantas untuk mengimbangi peningkatan kos pinjaman dan perbelanjaan kerajaan. – REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.