Bot karam: Satu lagi mayat ditemukan

2024-06-26 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto Hiasan

BATU PAHAT,26 Jun - Seorang daripada dua nelayan yang masih hilang susulan insiden bot terbalik akibat angin kencang di Tanjung Segenting di sini pada Jumaat lepas,ditemukan 2.00 petang semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan memaklumkan mayat Lee Pong Ling,68,ditemukan oleh kru feri MV Mulia Kencana 20 yang dalam perjalanan dari Bengkalis,Indonesia ke Muar,kira-kira 25 batu nautika dari lokasi kejadian.

"Jasad mangsa yang ditemui itu dibawa ke Jeti Jabatan Laut Muar dan diserah kepada pasukan polis yang kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk tindakan lanjut," menurutnya.

Menurut APMM operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelima semalam ditamatkan memandangkan tiada petunjuk baharu kedudukan seorang lagi mangsa,Raud Darus@Hamid,53,namun pencarian diteruskan melalui rondaan rutin.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.