Penyu belimbing kembali ke perairan Terengganu selepas hampir sedekad

2026-09-03 HaiPress

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu laksanakan pemeriksaan di lokasi penyu belimbing dipercayai mendarat di Pantai Kampung Jambu Bongkok,Dungun./ Jab. Perikanan Terengganu

KUALA TERENGGANU,3 Sept – Kehadiran semula penyu belimbing di perairan Terengganu selepas hampir sedekad tidak dijumpai memberikan petanda positif terhadap kelangsungan habitat spesies terancam itu.

RINGKASAN BERITA AI

“Bagaimanapun,kita tidak tahu tempat di mana ia akan bertelur. Selepas turun,dalam tempoh beberapa minggu ia akan naik kembali dan keadaan itu dipanggil musim bertelur,” katanya kepada pemberita RTM ketika ditemu bual di Pejabat Perikanan Negeri Terengganu,Chendering.

Antara telur penyu yang ditemukan di Pantai Kampung Jambu Bongkok./ Jab. Perikanan Terengganu

Sementara itu,Pang turut memaklumkan,pihaknya sentiasa bersedia kerana menjangkakan pendaratan seterusnya spesies terancam itu pada masa akan datang.

“Kita menganggarkan bahawa akan ada pendaratan penyu belimbing pada masa akan datang.

“Jadi,Jabatan Perikanan mohon kepada semua warga negeri Terengganu khususnya supaya menjaga kebersihan pantai di Terengganu kerana penyu belimbing ini sensitif kepada alam sekitar dan kebersihan,” katanya.

Beliau berkata,sebarang aktiviti penjualan,pemilikan dan gangguan terhadap semua spesies penyu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Enakmen Penyu Terengganu 1951,Pindaan 2021.

Pemburuan spesies berkenaan juga boleh didakwa di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.