2024-06-27 berita.rtm.gov.my
HaiPressMenteri Komunikasi,Fahmi Fadzil / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,26 Jun - Kerajaan sedang meneliti akta tertentu bagi mempertimbangkan hukuman lebih berat untuk kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata ketika ini proses dapatan,maklum balas dan beberapa perkara dalam bidang kuasa atau di bawah Kanun Keseksaan sedang diambil kira sebelum ia dikuatkuasakan.
"Pada masa sama pengalaman di negeri-negeri tentang kecurian kabel atau vandalisme ini akan kita selaraskan respons supaya satu penyelesaian menyeluruh dapat kita usahakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir menonton persembahan Teater Perdana Haji Murat yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),di sini malam ini.
Fahmi ditanya mengenai perkembangan proses untuk menguatkuasakan hukuman itu yang dilapor akan dicadangkan dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara.-BERNAMA