2.17 juta transaksi tanpa tunai direkod hasil kerjasama PayNet dan FAMA sejak Januari

2024-07-26 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Program Malaysia Fest 2024,di Changi,Singapura

CHANGI,26 Julai- Sebanyak 2.17 juta transaksi tanpa tunai direkodkan menerusi program 'Go Cashless',hasil kerjasama PayNet Network Malaysia dan FAMA,sejak Januari tahun ini,hingga bulan lepas.

Rekod tersebut secara tidak langsung,melepasi sasaran awal sejuta transaksi,menjelang Disember nanti.

Ketua Pengarah FAMA,Abdul Rashid Bahri berkata,program bermatlamat meningkatkan penggunaan pembayaran dalam talian,dalam kalangan usahawan FAMA.

Beliau berkata bagi mendukung hasrat itu,kedua-dua agensi terlibat memperkenalkan inisiatif ‘Cashless La Boss’ rentas sempadan,bagi mempromosi pembayaran dalam talian,diluar negara.

"Kita memang menyediakan kod QR untuk digunakan di sini dan kita menggalakkan pembayaran tanpa tunai dan ini berselari program FAMA bawah RMK12 kita kepada pendigitalan pemasaran,menggalakkan usahawan kita kepada tanpa tunai,"katanya.

Inisiatif tersebut juga memudahkan urusan jual beli dalam kalangan pengunjung warga asing di outlet FAMA,kerana tidak perlu menukar kepada mata wang tempatan.

Kerjasama FAMA dan PayNet Network Malaysia turut akan diperkukuh,supaya jaringan program dapat diperluas ke negara-negara serantau.

"Apa yang kita tertarik dengan FAMA ini adalah sebenarnya selama ini Malaysia Fest di Singapura boleh dikatakan 100% transaksi dalam tunai.

"Sekarang dengan dengan FAMA kita memperkenalkan lebih 5-6 % populasi Singapura kepada DuitNow atau kod QR,kata Ketua Pegarai Eksekutif PayNet,Farhan Ahmad.

Beliau berkata demikian pada program Malaysia Fest 2024,Singapura.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.