'Kurangkan guna air 10 peratus sehingga musim hujan September' - PBAPP

2024-07-27 berita.rtm.gov.my

HaiPress

FOTO FAIL

GEORGE TOWN,27 Julai - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mahu 593,255 pengguna air domestik berdaftar di negeri itu supaya mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan bagi mengelakkan berlakunya krisis air.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan dalam kenyataanberkata,pengurangan itu akan dapat membantu PBAPP menjimatkan sebanyak 50 juta liter sehari (JLH).

Menurutnya taburan hujan yang rendah sejak Januari lepas telah menyebabkan penurunan kapasiti efektif di dua empangan utama selain menjejaskan pengeluaran air terawat,sekali gus memberi kesan kepada operasi bekalan air di Pulau Pinang.

"Semalam,Empangan Air Itam mencatatkan kapasit iefektif rendah iaitu 41.1 peratus dan Empangan Teluk Bahang 31.9 peratus.

"Pengeluaran air terawat lebih rendah turut dicatatkan di Loji Rawatan Air Terjun disebabkan oleh kekurangan air mentah dari Kawasan Tadahan Air (KTA) Air Terjun selain pengeluaran air terawat lebih rendah turut berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Pinang disebabkan kekurangan air mentah dari KTA Titi Kerawang," kata K. Pathmanathan.

Menurutnya,kapasiti efektif Empangan Beris di Kedah berada pada 60.2 peratus dan Kedah sedang melepaskan air ke Sungai Muda manakala PBAPP juga melepaskan rizab Empangan Mengkuang Diperluas (EMD) setiap hari bagi menambah pengambilan air mentah dari Sungai Muda

Pathmanathan memberitahu bahawa PBAPP perlu mendapatkan air mentah mencukupi dari Sungai Muda dan melepaskan air daripada EMD bertujuan mengekalkan operasi pengeluaran air yang optimum di LRA Sungai Dua yangmerupakan LRA terpenting Pulau Pinang.

PBAPP sedang mengaktifkan pelan pengurusan krisis bagi meminimumkan kesan isu taburan hujan rendah serta memastikan Pulau Pinang mempunyai air mencukupi sehingga musim hujan tiba pada September.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.