Pendidikan buli siber, mampu selamatkan nyawa

2024-07-31 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Asisten Komisioner (ACP) Julina Sallehudin

PUTRAJAYA,31 Julai- Pendidikan mengenai buli siber dilihat sebagai inisiatif dalam menangani gejala berkenaan menular dalam komuniti selain menjadi platform untuk mengendali situasi berkenaan.

Ketua Komunikasi KorporatPolis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner (ACP) Julina Sallehudin berkata,inisitaif itu mampu menyelamatkan mangsa selain daripada sokongan ibu bapa,guru dan komuniti bagi pencegahan awal kes buli siber.

Pada masa sama PDRM juga menyeru masyarakat untuk membantu dalam mengenal pasti dan mencegah isu berkenaan.

"Pendidikan mengenai etika digital juga perlu diterapkan daripada usia yang muda. Mangsa boleh mendapatkan sokongan emosi daripada keluarga dan rakan-rakan supaya tidak keseorangan.

"...sekiranya ada rakan atau orang yang sedia membantu menyediakan akses kepada kaunselor dan juga perkhidmatan sokongan psikologi,ia merupakan langkah penting," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia istimewa Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan di sini.

Beliau turut menasihatkan mangsa buli untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa supaya boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku serta mengenakan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu,integrasi dalam kurikulum pendidikan sejarah secara interaktif melalui projek berteraskan penyelidikan perlu menjadi aspek utama bagi mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

"Antara pendekatan yang boleh kita lakukan ialah integrasi dalam kurikulum pendidikan seperti pengajaran sejarah secara interaktif melalui projek berteraskan penyelidikan.

"...aktiviti seperti ini membolehkan pelajar mendalami aspek pengorbanan perwira dan perajurit untuk mempertahankan kedaulatan negara seterusnya menyumbang kepada keamanan yang kita perolehi pada hari ini," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.