Pasaran getah ditutup tinggi susulan pemulihan harga minyak mentah

2024-08-09 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,8 Ogos- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkatnya pada Khamis untuk ditutup lebih tinggi sejajar dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau,kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran didorong oleh pemulihan berterusan harga minyak mentah selain kebimbangan terhadap bekalan getah asli dari negara pengeluar utama.

“Namun begitu,kenaikan selanjutnya pasaran getah dihadkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.

Hari ini,penanda aras harga minyak mentah Brent agak stabil,diniagakan sekitar US$78 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 11 sen kepada 779.5 sen sekilogram manakala lateks pukal naik dua sen kepada 629 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang,harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 775.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 631 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.