Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk

2026-08-24 HaiPress

Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Datuk Siti Roziana Zain atau Ziana Zain penerima Darjah,Tauliah,Bintang dan Pingat Kebesaran bersempena dengan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka,Tun Mohd Ali Rustam hari ini/ Bernama

MELAKA,24 Ogos- Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek mengetuai senarai 1,328 penerima Darjah,Tun Mohd Ali Rustam hari ini.

RINGKASAN BERITA AI

Sebanyak 14 individu pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk,antaranya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah,Datuk Al Hambra Juhar,Hakim Mahkamah Tinggi Datuk,Suria Kumar A/L Durairaj Johson Paul dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri,Mej Jen Datuk Sani S Omar.

Sebanyak 189 penerima dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk iaitu kepada Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Ashwad Ismail,Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian TV Media Prima Berhad,Datuk Azhari Muhiddin dan penyanyi kelahiran Merlimau,Jasin iaitu Datuk Siti Roziana Zain atau Ziana Zain.

Dalam kategori lain,sebanyak lima individu ditauliahkan Jaksa Pendamai manakala 106 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka (D.S.M).

Turut dianugerahkan ialah Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) kepada 151 penerima,Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T) (244 penerima),Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)(386 penerima),Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M)(161 penerima) dan Pingat Khidmat Lama (P.K.L)(lima penerima).

Sementara itu,Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,Datuk Salhah Salleh memaklumkan keseluruhannya penganugerahan itu mencerminkan penghargaan Melaka terhadap individu yang telah memberikan khidmat,sumbangan dan bakti dalam pelbagai bidang serta memainkan peranan dalam pembangunan dan kesejahteraan negeri.

Beliau berkata pelaksanaan Istiadat Penganugerahan Darjah,Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka 2026 diselaraskan bersama semua agensi berkaitan serta mematuhi prosedur dan tatacara ditetapkan bagi memastikan kelancaran,keselamatan dan keselesaan penerima serta tetamu sepanjang istiadat berlangsung. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.