Anwar sambut ulang tahun kelahiran ke-77

2024-08-10 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,10 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu hantaran di Facebook memuat naik serangkap pantun dan ucapan hari lahir kepada Anwar.

"77 angka keramat,


Iltizam membara seiring usia,


Moga teguh memikul amanat,


Allah berkati hidup bahagia.

"Selamat ulang tahun kelahiran buat Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

PMO turut memuat naik video berdurasi 2 minit 49 saat yang merangkumkan ucapan selamat hari lahir daripada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof,serta jemaah menteri.

Sementara itu,Perdana Menteri turut mengulang siar hantaran berkenaan di Facebook miliknya dengan ucapan terima kasih.

"Thank you," tulisnya ringkas di Facebook sebagai membalas hantaran yang dimuat naik PMO.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.