2024-08-15 berita.rtm.gov.my
HaiPressFOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 Ogos- Dagangan kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan prestasi bercampur-campur semasa awal urus niaga pada Khamis.
Pada pukul 9.11 pagi,Ogos 2024 kekal pada 1,617.00,September 2024 menambah 2.0 mata kepada 1,600.00,Disember 2024 berkurang 0.5 mata kepada 1,603.00,dan Mac 2025 meningkat 1.5 mata kepada 1,589.00.
Jumlah dagangan sebanyak 1,178 lot manakala kepentingan terbuka pada 41,296 kontrak.
Pada 9.29 pagi,indeks FBM KLCI turun 3.0 mata kepada 1,609.35 daripada 1,612.35 ketika ditutup pada Rabu. -BERNAMA