2024-08-16 berita.rtm.gov.my
HaiPressFoto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Ogos- Penyedia perkhidmatan media sosial perlu mengetatkan prosedur pendaftaran oleh pengguna sebagai langkah menangani jenayah dalam talian termasuk buli siber.
Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching berkata pertemuan telah dibuat dengan pihak terlibat seperti META berhubung perkara tersebut.
"Kamipun selalu mengadakan perbincangan dengan platform 'provider' (pembekal) untuk mengetatkan prosedur bagi membuka akaun.
"Jangan benarkan 'scammer' (penipu) melakukan iklan di Facebook dan membuka akaun palsu dengan mudah..kerana ada yang menjadi mangsa.
"Jadi kita rasa platform 'provider' juga boleh menjadi lebih responsif dan mereka perlulah dipertanggungjawabkan untuk memastikan 'scammer' tidak menipu warga Malaysia ini," katanya ditemui media selepas perasmian di Girls In ICT Forum 2024 (GICT 2024) di sini.