Pasaran getah KL ditutup tinggi

2024-08-24 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 Ogos- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini dalam persekitaran aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau,kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meneruskan peningkatan pada Jumaat,dengan harga mencecah paras tertinggi lebih daripada dua bulan disokong oleh lonjakan harga getah sintetik dan fizikal.

Kenaikan harga minyak mentah turut membantu meningkatkan sentimen pasaran,katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun,beliau berkata peningkatan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Pada pukul 5.00 petang,harga minyak mentah Brent naik sebanyak 0.66 peratus kepada US$77.74 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 13 sen kepada 790 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 3.5 sen kepada 639.5 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang,harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 793.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 640.5 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.