Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari dagangan ketiga berturut-turut

2024-09-18 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,17 September- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata selain itu sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,700 dan paras rintangan pada RM3,820,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM mencatatkan penurunan sedikit susulan pengukuhan pasaran percuma atas kapal minyak kacang soya Amerika Selatan dan pemulihan harga minyak bunga matahari Laut Hitam.

Beliau berkata penyelidik kargo Intertek Testing Services mengunjurkan eksport minyak sawit Malaysia meningkat 9.1 peratus bagi tempoh 1-15 Sept manakala AmSpec Agri Malaysia juga menganggarkan eksport naik 10.2 peratus pada tempoh yang sama.

Pada penutup dagangan,bulan semerta Oktober 2024 turun RM62 kepada RM3,847 setan metrik,November 2024 susut RM48 kepada RM3,766 setan metrik dan Disember 2024 berkurangan RM39 kepada RM3,736 setan metrik.

Januari 2025 susut sebanyak RM39 kepada RM3,715,Februari 2025 turun RM41 kepada RM3,702 dan Mac 2025 jatuh RM36 kepada RM3,698.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 77,497 lot daripada 121,661 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 255,163 kontrak daripada 259,519 sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Isnin,16 Sept,2024 sempena sambutan Maulidur Rasul dan cuti umum Hari Malaysia.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan turun RM60 kepada RM3,950 setan metrik. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.