Pasaran getah ditutup lebih rendah

2024-09-21 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,20 September- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini di tengah-tengah petunjuk yang bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau selepas sentimen mula terjejas susulan kebimbangan terhadap pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih drastik,kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran turut diheret oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US.

“Bagaimanapun,kerugian seterusnya telah dihadkan oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama di tengah-tengah pengumuman ransangan China," kata beliau kepada Bernama.

Peniaga itu berkata getah Jepun merosot hari ini tetapi berada dalam aliran menaik mingguan selepas kelembapan dalam prospek ekonomi China telah menjejaskan prospek permintaan pengguna tertinggi itu walaupun diharapkan rangsangan monetari baharunya akan meningkatkan sentimen.

Katanya lagi,Bank Rakyat China telah mengekalkan penanda aras kadar utama pinjaman hari ini tetapi kadar itu mungkin berubah lemah susulan keadaan ekonomi negara yang semakin merungsingkan.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun sembilan sen kepada 843 sen sekilogram,manakala lateks pukal berkurangan 1.5 sen kepada 690 sen sekilogram.

Pada 5 petang,SMR 20 fizikal berada pada 835 sen sekilogram,manakala lateks pukal pada 688 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.