2026-08-13
HaiPress

Foto BERNAMA
SUBANG,13 Ogos – Penerimaan helikopter AW189 mampu memperkasa keupayaan udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi penguatkuasaan,mencari dan menyelamat (CARILAMAT),evakuasi perubatan (MEDEVAC) serta operasi khas di perairan negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Helikopter AW189 mampu beroperasi hingga jarak capaian 1,166 kilometer (km) dengan kelajuan maksimum 313km sejam,ketahanan penerbangan hingga 5 jam,selain mampu membawa lima kru serta 14 penumpang.
Menurut Datuk Seri Saifuddin,pihak syarikat berjaya menyiapkan aset berkenaan mengikut jadual,manakala baki tiga lagi unit helikopter AW189 dijangka tiba menjelang akhir Disember ini.
“Penambahan itu bakal meningkatkan jumlah aset udara Maritim Malaysia daripada enam buah ketika ini kepada sembilan unit menjelang akhir tahun,” katanya.
“Teknologi terkini dan infrastruktur hebat akhirnya bergantung kepada individu yang mengendalikannya. Justeru,saya menggesa kepimpinan Maritim Malaysia untuk memberi tumpuan khusus terhadap peningkatan kompetensi warga kerjanya,” tegas beliau lagi.
Sehingga 24 Julai lalu,Maritim Malaysia merekodkan 116,192 pemeriksaan,26,253 penggeledahan dan 562 tangkapan dengan nilai rampasan melebihi RM4.38 bilion,manakala bagi operasi CARILAMAT pula,sebanyak 129 kes melibatkan penyelamatan 638 mangsa.
Dalam pada itu,beliau berkata kerajaan turut menjangkakan penerimaan sebuah lagi aset strategik iaitu kapal induk pada suku pertama tahun depan bagi memperkasakan lagi operasi.