Persediaan bencana, penghulu di Kedah diminta kemas kini data penduduk

2024-10-25 HaiPress

FOTO FAIL

ALOR SETAR,25 Oktober - Penghulu di setiap mukim atau kampung di Kedah diminta mengemas kini data atau senaraipenduduk seliaannyabagi memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti keluarga penduduk sekiranya sesuatu kawasan dilanda bencana termasuk banjir.

Exco Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Negeri Kedah Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata,senarai nama penduduk itu penting bagi membolehkan pihak penyelamat mengkoordinasikan operasi menyelamat dengan cepat dan pantas.

Menurutnya lagi,data senarai nama berkenaan juga diperlukan pihak berkuasa sekiranya penduduk terjejas banjir menerima bantuan kewangan daripada kerajaan negeri atau pusat.

Selain ia dapat diselaraskan secara teratur dan tersusun.

"Apabila kita menguar-uarkan ada peruntukan sebanyak RM1,000 yang berpindah ke pusat penempatan jadi membuatkan orang berpusu-pusu nak ke pusat pemindahan sementara (PPS),jadi kita perlu ambil data tepat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),pejabat daerah untuk kita agih saluran ini,kadang-kadang kita tak nak ada pertindihan," kata Halimaton ketika ditemui pemberita,di sini.

Katanya,data senarai tersebut juga dapat membantu pihak JKM menyalurkan bantuan makanan dan bekalan minuman serta jabatan kesihatan dapat menyalurkan bantuan perubatan dengan segera.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.