Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

2024-10-29 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,29 Oktober- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM36.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.43 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik,yang terdiri daripada tender RM2.0 bilion bagi tujuh hari dan tender RM1.5 bilion untuk 31 hari.

BNM juga melaksanakan tender repo berbalik Islam RM400 juta selama tujuh hari.

Selain itu,bank pusat mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.7 bilion dan tender semalaman murabahah RM21.8 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.