Layanan terhadap pekerja perlu seiring dan adil

2024-11-04 HaiPress

Onn Hafiz Ghazi / Foto RTM

JOHOR BAHRU,4 November - Layanan terhadap pekerja dalam semua sektor terutama dari syarikat luar yang melabur di Johor,perlu seiring dan adil dengan layanan diberikan kepada pekerja dari negara mereka.

Menurut Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi,ia berikutan kebanyakan pekerja di syarikat luar seperti Jepun merupakan rakyat Malaysia,khususnya dari Johor.

"Saya perhatikan kebanyakan syarikat Jepun seperti yang saya lawati di Osaka baru-baru ini,kami melawat minyak Fuji,kakitangan mereka bermula dari pekerjaan pertama mereka sehingga bersara.

"Mereka biasanya berpegang pada syarikat itu dan saya pasti syarikat Jepun sangat pandai menjaga kakitangan mereka dan saya harap anda juga melakukan perkara yang sama apabila anda berada di sini di johor," katanya dalam ucapan beliau ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Agro Snow di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat,Pasir Gudang,di sini hari ini.

Tambah beliau,selain layanan yang baik,pemain industri luar juga diseru untuk memastikan kadar gaji yang ditawarkan berpatutan,memandangkan kos sara hidup meningkat disebabkan inflasi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.