Pengurangan pengeluaran minyak sukarela dilanjutkan

2024-11-04 HaiPress

Foto BERNAMA

VIENNA,4 November- Lapan negara anggota kumpulan pengeluar minyak OPEC+,melanjutkan pengurangan pengeluaran sukarela sehingga akhir Disember ini.

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap harga minyak yang lemah berikutan kebimbangan kepada permintaan global yang perlahan.

Pelarasan pengeluaran sejak November 2023,melibatkan pengurangan sebanyak 2.2 juta tong sehari.

Negara terlibat turut mengulangi komitmen untuk mencapai pematuhan penuh bagi sasaran pengeluaran masing-masing serta mengimbangi sebarang pengeluaran berlebihan menjelang September 2025.

Langkah memulihkan semula bekalan sepatutnya bermula bulan depan,dengan meningkatkan pengeluaran 180 ribu tong sehari secara berperingkat.

Ia merupakan penangguhan kali kedua,sejak pelarasan sukarela tambahan diumumkan pada April dan November 2023.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.