LZNK peruntuk RM43,000, baik pulih rumah rosak akibat ribut

2024-11-12 HaiPress

LZNK turun padang meninjau kerosakan rumah penduduk terjejas akibat ribut / Foto RTM

PENDANG,12 November - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyediakan peruntukan berjumlah RM43,000 bagi membaik pulih empat buah rumah di sekitar Kobah yang mengalami kerosakan akibat ribut puting beliung di Pendang,Kedah,Jumaat lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif LZNK,Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata pihaknya mengambil tanggungjawab untuk memperbaiki semula rumah keluarga berkenaan.


"Kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera terutama rumah yang didiami pasangan suami isteri,Salim Md Hassan dan isteri,Rokiah Aziz yang mengalami kerosakan teruk selepas keseluruhan bumbung diterbangkan angin.


"Ini bagi membolehkan mereka mendiami semula rumah tersebut secepat mungkin," katanya selepas turun padang meninjau kerosakan yang dialami rumah keluarga berkenaan di sini,hari ini.


Beliau berkata selain struktur rumah yang rosak teruk,barangan perabot dan elektrik serta barang-barang lain dalam rumah turut rosak terkena air hujan.


Dalam kejadian petang Jumaat lalu,enam buah rumah iaitu dua di Kampung Bukit Cepat dan empat rumah di Kampung Kobah rosak selepas dilanda hujan lebat dan ribut.


Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.