MTL: Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara

2024-11-12 HaiPress

Pasar Terapung Pulau Suri di Tumpat ditutup sementara ekoran peralihan Monsun Timur Laut / Foto Bernama

KOTA BHARU,12 November - Pasar Terapung Pulau Suri di Tumpat ditutup sementara ekoran peralihan Monsun Timur Laut yang membawa angin kencang dan cuaca tidak menentu sejak Ahad lepas.

Pengerusi Pasar Terapung Pulau Suri,Rusdi Ghani berkata keputusan itu diambil selepas kira-kira 40 peniaga bersetuju supaya penutupan dilakukan demi keselamatan mereka serta pengunjung.

Beliau berkata Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sementara bermula 10 November lepas dan semua operasi dihentikan sehingga keadaan cuaca kembali stabil serta selamat.

"Buat masa ini kami tidak dapat memberi tarikh tetap bila pasar akan dibuka semula dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan menerusi laman rasmi Facebook kami," katanya ketika dihubungi hari ini.

Monsun Timur Laut atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia bermula pada 5 Nov lepas dan berterusan sehingga Mac 2025 dengan menyaksikan lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan,Terengganu,Pahang,Johor,Sarawak dan Sabah.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.