Projek terbengkalai, bebankan pembeli rumah

2024-11-17 HaiPress

Peguam cara,Krisnamogan S.

KUALA LUMPUR,17 November- Isu projek rumah terbengkalai harus diberi perhatian oleh semua pembeli,dalam menuntut hak mereka sewajarnya.

Peguam cara,Krisnamogan S. berkata pembeli boleh mengemukakan aduan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta mendapat khidmat nasihat guaman.

Ini susulan tanggungan hutang bank yang sudah aktif namun,hak pembeli dinafikan pemaju.

"Langkah seterusnya adalah pihak terbabit KPKT dan peguam akan berbincang dengan pemaju lain bagi menyelamatkan projek perumahan terbengkalai atau menggunakan kaedah "liquidation".

Melalui pendekatan itu,mereka boleh tahu jika mereka boleh dapat kembali kewangan mereka atau paling penting rumah mereka sendiri," kata Krisnamogan kepada pemberita.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam Selamat Pagi Malaysia,hari ini.

Krisnamogan turut menasihatkan para pembeli untuk mendapatkan sejarah pemaju rumah serta mendapatkan khidmat perundangan sebelum menandatangani kontrak perjanjian jual beli (SPA).

Berdasarkan statistik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),sejumlah 113 projek perumahan swasta terbengkalai meliputi 30,371 unit rumah dan 15,952 pembeli,setakat 30 September 2024.

KPKT sedang memperhalusi Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 (Akta 118),bagi memperkukuh tindakan kawalan yang lebih baik,pencegahan awal serta tindakan jangka masa panjang bagi mengelak projek perumahan swasta menjadi sakit dan akhirnya terbengkalai.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.