Kerjasama semikonduktor Malaysia-Brazil, bawa manfaat kepada ASEAN

2024-11-18 HaiPress

Memorandum persefahaman (MoU) industri semikonduktor antara Malaysia dan Brazil dimeterai /BERNAMA

RIO DE JANEIRO,18 November - Malaysia bakalmenjadi pintu gerbangindustri serantau berikutan kerjasamanya dengan Brazil dalam sektor semikonduktor,kata Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Dengan memanfaatkan jawatan sebagai pengerusi ASEAN,kitaboleh meletakkan rantau ini sebagai hab global untuk inovasi dan pembuatan semikonduktor bukan sahaja memanfaatkan Malaysia dan Brazil tetapi semua negara anggota ASEAN,” katanya semasa mesyuarat industri semikonduktor Malaysia-Brazil di sini hari ini.

Dalam ucapannya,beliau berkata mesyuarat itu bukan sahaja platform untuk mempamerkan kekuatan Malaysia tetapi juga peluang untuk menjalin perkongsian bermakna.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIMOS Bhd,Dr Saat Shukri Embong; Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia,Datuk Seri Wong Siew Hai; Presiden Persatuan Industri Elektrik dan Elektronik Brazil,Dr Humberto Barbato dan Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Brazil,Rogério Nunes.

Tengku Zafrul berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik RM500 bilion dalam pelaburan menjelang 2030 dan mewujudkan 10 juara industri semikonduktor tempatan dengan pendapatan melebihi RM1 bilion setiap satu.

Sasaran itu termasuk latihan dan peningkatan kemahiran 60,000 jurutera adalah sebahagian daripada Strategi Semikonduktor Kebangsaan.

Semasa mesyuaratitu,Tengku Zafrul turut menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan industri semikonduktor Malaysia dan Brazil.

MoU pertama ditandatangani oleh Saat dan CEO Institut Eldorado,Roberto Soboll manakala MoU kedua ditandatangani oleh Wong dan Barbato.

Malaysia mempunyai ekosistem semikonduktor yang komprehensif merangkumi aktiviti bahagian ‘front-end’ dan ‘back-end’.

Malaysia ketika inimerupakan pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia dengan eksport semikonduktor bernilai lebih US$85 bilion.

Ekosistem semikonduktor Malaysia termasuk syarikat terkemuka global seperti Intel,Infineon,Micron,dan Texas Instruments serta syarikattempatan seperti Carsem dan Inari.

Penggiat industri berkenaantelah menjadikan Malaysia sebagai hab dipercayai untuk pelbagai industri daripada automotif kepada peranti perubatan. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.