Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

2024-11-19 HaiPress

PDRM

GEORGE TOWN,19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini,petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.57 petang daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Siasatan polis di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap badan si mati mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini," katanya dalam kenyataan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis akan melakukan siasatan lanjut.

Abdul Rozak menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan tidak menularkan gambar atau video berkaitan tempat kejadian bagi menghormati waris si mati.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.