2024-12-23 HaiPress
Foto FB Menteri
BUKIT MERTAJAM,23 Disember- Tujuh sekeluarga terpaksa tinggal dalam kereta selepas ditipu tuan rumah.
Nasib keluarga itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam,Steven Sim yang juga Menteri Sumber Manusia.
Menerusi perkongsian di Facebook,ketua keluarga yang dikenali sebagai Hilmi,membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang termasuk menyewa sebuah rumah,sebelum ditipu.
Sim tampil membantu sebaik mendapat aduan mengenainya,menawarkan bantuan sewaan rumah selama setahun termasuk perkakasan rumah.
Hilmi turut meraih pekerjaan sebagai pemandu lori dan anak-anaknya dibantu bersekolah semula.
Sim turut menyerahkan bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka.