Bahang perang dagangan, Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

2025-03-04 IDOPRESS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 Mac- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada tengah hari Selasa ketika pelabur membuat persediaan menghadapi impak perang dagangan global yang meruncing susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas Mexico,Kanada dan China berkuat kuasa hari ini.

Pada 12.30 tengah,indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.83 mata atau 0.88 peratus kepada 1,557.56 daripada penutup 1,571.39,semalam.

Indeks utama itu dibuka susut 9.69 mata kepada 1,561.70.

Pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 1,025 berbanding 120 manakala 262 kaunter lain tidak berubah,924 tidak diniagakan dan enam lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.57 bilion saham bernilai RM1.61 bilion.

Dalam nota penyelidikannya hari ini,Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga akan terus memantau data-data seperti Indeks Pengurus Pembelian S&P Global Services; keputusan bank pusat Eropah berkaitan kadar faedah dan imbangan perdagangan China pada minggu ini.

“Selain itu,walaupun Pantech Global ditutup rendah daripada harga tawaran awalnya semalam,kami kekal optimis (terhadap prospeknya) berikutan asas-asasnya yang kukuh,jangkauan global yang meluas serta bahagian pasaran yang agak stabil.

“Kami percaya jualan semasa itu disebabkan secara khususnya sentimen pasaran yang lemah dan harga sahamnya akan diniagakan ke arah nilai saksamanya dalam jangka panjang,” katanya.

Sementara itu,firma pembrokeran itu berkata sejajar dengan kelemahan pasaran pada masa ini,peniaga berkemungkinan memilih saham perbankan,utiliti dan amanah pelaburan hartanah berikutan pendapatannya yang stabil serta dividen yang konsisten.

“Selain itu,kami juga cenderung terhadap ITMAX System dan TIME dotCom berikutan model perniagaannya yang berdaya tahan,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank naik 1.0 sen kepada RM4.57,Maybank turun 10 sen kepada RM10.58,CIMB berkurangan 2.0 sen kepada RM7.98,Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM13.60 dan IHH Healthcare merosot 1.0 kepada RM7.41.

Bagi saham aktif,NationGate naik 18 sen kepada RM1.48,Ingenieur Gudang tidak berubah pada 3.5 sen,Genting Malaysia turun 10.0 sen kepada RM1.80,Velesto Energy berkurangan 1.5 sen kepada 15.5 sen dan MY E.G. Services menguncup 3.0 sen kepada 90.5 sen.

Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas susut 150.91 mata kepada 11,560.98,Indeks FBMT 100 turun 132.20 mata kepada 11,347.17,Indeks FBM 70 merosot 316.10 mata kepada 16,323.28,Indeks FBM Emas Shariah kehilangan 171.08 mata kepada 11,176.95 dan Indeks FBM ACE berkurangan 160.61 mata kepada 4,531.46.

Bagi sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 100.47 mata kepada 19,283.56,Indeks Perladangan turun 28.36 mata kepada 7,491.33,Indeks Tenaga merosot 20.52 mata kepada 735.03 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.36 mata kepada 154.17.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.