Insiden Putra Heights: RM1.4 juta disalur kepada mangsa

2025-04-08 IDOPRESS

Foto FB Azman Abidin

SUBANG JAYA,7 April- Sebanyak RM1.4 juta disalurkan Kerajaan MADANI hari ini kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,Subang Jaya.

Ia menerusi peruntukan khas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim serta sumbangan daripada syarikat PETRONAS.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Azman Abidin yang mewakili Perdana Menteri dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Masyarakat Bukit Lanchong,Subang Jaya.

"Bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal secara keseluruhan,seperti yang telah disahkan hasil pemeriksaan oleh pihak bomba,bantuan tunai sebanyak RM5,000 bagi setiap isi rumah telah disalurkan.

"Manakala bagi mangsa yang mengalami kerosakan separa pada kediaman masing-masing,bantuan sebanyak RM2,500 telah diperuntukkan.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua individu dan keluarga yang terlibat terus diberikan ketabahan,kekuatan dan perlindungan dalam menghadapi dugaan yang amat menyayat hati ini," katanya.

Azman berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.