Daya tahan pertumbuhan ekonomi perkukuh kedudukan negara

2025-04-27 IDOPRESS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,27 April- Tumpuan membina daya tahan dalam pertumbuhan ekonomi negara dilihat mampu memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.

Ini terutamanya dalam menarik lebih banyak pelaburan langsung asing serta memacu inovasi dan produktiviti domestik.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB,Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan,berkata pengukuhan daya tahan ekonomi penting bagi memastikan pertumbuhan yang mampan.

"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kesan akhir daripada tindakan atau langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

"Causal relationship,di mana apa yang dilakukan akan menyebabkan kesan terhadap angka KDNK.

"Jadi,apa yang kita boleh tumpukan adalah aspek seperti kemampanan,pembangunan modal insan,inovasi teknologi,dan menjadikan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) lebih kompetitif," katanya.

Tambah beliau,fokus kepada aspek berkenaan dapat menyokong pertumbuhan KDNK dalam masa jangka panjang.

Sebelum ini,Menteri Kewangan ll,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan keperluan membina daya tahan ekonomi negara,dan tidak hanya memfokuskan kepada angka pertumbuhan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.