Golongan belia sasaran utama eksploitasi pekerja dan buruh paksa

2025-05-23 HaiPress

Golongan belia merupakan sasaran utama dalam isu eksploitasi pekerja dan buruh paksa di negara ini./ Foto BERNAMA

IPOH,23 Mei -Golongan belia merupakan sasaran utama dalam isu eksploitasi pekerja dan buruh paksa di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia,Kamal Pardi berkata perkara ini berpunca daripada faktor keterdesakan golongan belia yang ingin mencari pekerjaan selain tawaran gaji yang tinggi.


"Kerana mereka memang nak kan kerja…mereka tak terfikir yang menghubungi mereka untuk iklan- iklan yang dikeluarkan itu adalah merupakan satu iklan palsu…jadi mereka tertarik di situ dengan tawaran gaji yang agak tinggi dengan tawaran yang dimaklumkan dan di war- warkan itu dan kemudahan-kemudahan yang banyak,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelepasan Konvoi Jerayawara Pencegahan Eksploitasi Pekerja: Ke Arah Sifar Buruh Paksa 2030 di Ipoh,Perak.

Konvoi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bersepadu Jabatan Tenaga Kerja Semenjung Malaysia dengan kerjasama Pejabat Strategik Nasional Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Ia bertujuan menyampaikan maklumat tepat berkaitan hak pekerja dan tanggungjawab majikan sejajar dengan matlamat nasional dan komitmen antarabangsa Malaysia untuk membanteras buruh paksa menjelang tahun 2030.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.