Rafizi kekal fokus, pentadbiran kerajaan stabil - PM

2025-05-23 IDOPRESS

Foto- Facebook Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU,23 Mei – Datuk Seri Rafizi Ramli terus melaksanakan tugas sebagai Menteri Ekonomi tanpa gangguan,meskipun dikaitkan kontroversi dalaman parti.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,prestasi Datuk Seri Rafizi dalam pentadbiran kerajaan kekal baik dan tidak terjejas.

Beliau turut memberi jaminan bahawa barisan jemaah menteri berfungsi seperti biasa dan pentadbiran negara kekal stabil.

"Mesyuarat jemaah menteri pun dia datang. Dia bekerja dengan baik seperti biasa. Tak perlu ulas," katanya ketika ditemui media.

Datuk Seri Anwar berkata demikian selepas menghadiri sesi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat peringkat pusat di Berjaya Waterfront,Johor Bahru.

Pemilihan tersebut diadakan bersempena Kongres Keadilan Nasional 2024-2025 dan berlangsung dalam suasana tertib.

Mengulas lanjut,Datuk Seri Anwar menjelaskan proses pemilihan berjalan lancar tanpa sebarang campur tangan kepimpinan tertinggi.

Katanya,beliau tidak membawa sebarang senarai calon dan mengambil masa meneliti satu persatu sebelum membuat undian.

"Itu yang sebaiknya,tengok yang terbaik kita undi. Kalau ada cai sana cai sini,tak boleh," jelasnya.

Perdana Menteri tiba ke sesi pemilihan sekitar pukul 11.00 pagi sebelum bertolak menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Raudhah,Kampung Dato' Onn,Johor Bahru.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.