15 warga asing ditahan menerusi Op Sapu di Labuan

2025-06-12 IDOPRESS

Beberapa warga asing sedang disiasat JIM Labuan menerusi Op Sapu. -Foto RTM

LABUAN,12 Jun- Sekurang-kurangnya 15 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Op Sapu melibatkan beberapa kawasan yang disyaki menjadi penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI),di sini

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Labuan,Mohd Shufandy Mohd Hashim berkata,dalam serbuan bermula sekitar pukul 1.15 pagi hingga 3.30 pagi itu,53 orang telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati 15 individu warga Filipina berumur lingkungan 1 hingga 77 tahun terdiri tiga lelaki,enam perempuan,empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan ditahan,Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Kesemua tahanan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk tindakan lanjut.

Pihaknya mengulangi komitmen untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Imigresen 1959/63,Akta Pasport 1966,Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),termasuk mereka yang menggaji atau melindungi PATI.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.