2025-06-19
HaiPress
Datuk Onn Hafiz Ghazi/ Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI,19 Jun- Kerajaan Johor yakin hubungan terjalin antara Malaysia dan Jepun,menerusi inisiatif Dasar Pandang Ke Timur akan berkembang lebih baik,menerusi kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata,pelaksanaan inisiatif ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ) akan turut menerima manfaat melalui hubungan baik itu.
"Dua negara kita telah lama menjalin hubungan yang rapat. Jepun telah memainkan peranan penting,jika bukan sebagai peneraju dalam pembangunan ekonomi dan pemodenan Malaysia.
"Ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur telah diperingati beberapa tahun lalu. Namun,saya amat percaya bahawa tahun-tahun terbaik dalam hubungan Malaysia–Jepun masih menanti pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Nikkei Forum Medini,Johor 2025 Driving Asia's Inovation Hub di sini hari ini.
Tambahnya,Johor bukan sahaja juara dalam arena sukan bola sepak,malah turut cemerlang dalam menarik pelaburan antarabangsa.