Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 9 pagi

2025-09-19 HaiPress

Foto hiasan

PETALING JAYA,19 September - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga pukul 9.00 pagi

MET Malaysia dalam kenyataan,memaklumkan bahawa negeri berkenaan Perak (Larut,Matang Dan Selama,Manjung,Perak Tengah,Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Terengganu (Marang,Dungun dan Kemaman).

Manakala di Pahang melibatkan kawasan Kuantan dan Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor).

Keadaan cuaca sama turut dijangka melanda Sarawak iaitu Samarahan (Simunjan),Mukah (Dalat dan Mukah),Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Bintulu).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran",menurut MET Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.