Pasaran hartanah dijangka stabil menjelang 2026

2025-09-22 HaiPress

FOTO HIASAN

PETALING JAYA,19 September- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) optimis pasaran hartanah negara akan memasuki fasa lebih stabil menjelang 2026,seiring keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan pemain industri.

Presidennya,Datuk Ir. Ho Hon San berkata,tinjauan sentimen mendapati majoriti responden menilai keadaan semasa pada tahap sederhana,namun keyakinan dijangka bertambah baik pada separuh pertama tahun depan.

"Responden melihat pasaran secara neutral pada separuh kedua 2025,manakala optimisme dijangka meningkat pada separuh pertama 2026," katanya pada sidang media REHDA di sini,hari ini.

Tinjauan Industri Hartanah Separuh Pertama 2025 merekodkan pelancaran 12,938 unit kediaman dengan rumah teres satu dan dua tingkat kekal menjadi pilihan utama pembeli. Ini menunjukkan segmen landed (kediaman bertanah)terus kukuh dan kekal sebagai pemacu utama permintaan.

Walaupun terdapat cabaran seperti rumah tidak terjual pada kategori melebihi RM500,000 serta kos perniagaan dan tenaga kerja,REHDA yakin langkah kerajaan menambah baik skim pembiayaan dan memastikan bekalan bahan binaan stabil akan mengimbangi keadaan tersebut.

Hon San menegaskan sokongan kerajaan bersama kerjasama rapat industri diyakini mampu mengembalikan momentum pertumbuhan pasaran perumahan.

REHDA komited untuk terus menyediakan kediaman berkualiti,mampu milik dan mampan demi rakyat

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.