Masyarakat di Sabah sambut baik pelaksanaan BUDI95

2025-09-28 HaiPress

Foto Arkib

KOTA KINABALU,28 September – Masyarakat di Sabah menyambut baik pelaksanaan program penyasaran subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Bantuan Subsidi Madani (BUDI) yang bakal bermula 30 September ini.

Seorang penduduk tempatan,Jimmy Pamo berkata penggunaan MyKad sebagai kaedah pengesahan kelayakan penerima subsidi dilihat lebih teratur dan efisien.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya ada inisiatif yang cukup baik bagi seluruh rakyat Malaysia,dan bagi saya sesuatu yang baharu itu ialah bagaimana kita boleh tuntut (subsidi) menggunakan kad pengenalan. Kita sebagai rakyat Malaysia harus menghargai semua inisiatif yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu bagi Nur Aidzarina Aidzil,inisitiaf yang diperkenalkan juga dapat membantu dalam merancang serta mengawal perbelanjaan.

Menerusi BUDI95 kos pengangkutan dapat dikurangkan seterusnya memberi ruang bagi mengurus perbelanjaan lain dengan lebih baik.

"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan Madani dengan pengurangan kepada RM1.99 seliter jadi ia dapat membantu saya dari segi kewangan untuk bergerak ke kampus universiti malaysia sabah sejauh 20 kilometer untuk pergi dan pulang. Jadi perbelanjaan petrol boleh disalurkan untuk kegunaan yang lain," ujarnya.

Inisiatif ini juga dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan bagi memastikan subsidi benar-benar dinikmati oleh golongan yang memerlukan serta mengurangkan ketirisan dalam penyaluran bantuan serta patut dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Mulai 30 September,rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas serta yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter,berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.