2026-07-23
HaiPress

Foto AFP
[b]MANILA,23 Julai[/b] – Para Menteri Luar Asia Tenggara mendesak kebebasan pelayaran di selat antarabangsa diberi jaminan susulan konflik terbaharu Amerika Syarikat (AS)-Iran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Penutupan selat berkenaan berikutan serangan bersama AS-Israel ke atas Iran telah menyebabkan banyak negara di rantau ini terpaksa berdepan krisis kekurangan tenaga dan lonjakan harga.
Malah,Filipina yang amat bergantung kepada import bahan api telah mengisytiharkan darurat nasional.
Meskipun kenyataan itu menyentuh mengenai kerjasama tenaga antara negara anggota ASEAN,tiada sebarang kemajuan dilaporkan berhubung inisiatif terdahulu seperti rangka kerja grid tenaga rantau atau skim perkongsian bahan api.
Mesyuarat di Manila yang bermula Selasa lalu turut diiringi ketegangan baharu susulan insiden pertembungan antara China dan negara tuan rumah,Filipina,di kawasan pertikaian Laut China Selatan (LCS).
Bagaimanapun,selepas dipanggil oleh Presiden Ferdinand Marcos berhubung insiden itu,Duta China ke Manila,Jing Quan memaklumkan bahawa kejadian berkenaan tidak menjejaskan usaha menggubal Kod Etika bagi LCS.
“Tanpa mengira apa yang berlaku secara bilateral,kesanggupan kami untuk memuktamadkan rundingan kod tersebut pada akhir tahun ini tidak berubah,” kata Jing Quan.
Sementara itu,Menteri Luar Malaysia,Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu media bahawa perjanjian berkenaan dapat diselesaikan menjelang Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN di Manila pada November depan.- AFP