2026-07-24
HaiPress

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menyempurnakan majlis penyerahan kunci Blok C SK Bukit Pantai hari ini/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,24 Julai – Blok C Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pantai,Bangsar yang dibina semula selepas mengalami kerosakan akibat serangan anai-anai kini siap sepenuhnya dan sedia digunakan oleh murid.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Seri Fahmi turut merakamkan penghargaan kepada kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana berjaya menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual dengan mutu kerja yang memuaskan.
Katanya,pembinaan semula blok itu bukan sahaja mengembalikan kemudahan pembelajaran kepada warga sekolah,malah mencerminkan komitmen berterusan untuk menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan kondusif kepada murid.