2026-08-07
HaiPress

Foto REUTERS
SKARDU,7 Ogos – Mayat lima pendaki termasuk pendaki terkenal British-Nepal,Nirmal Purja,diterbangkan ke bandar Skardu di utara Pakistan selepas terkorban dalam kejadian runtuhan salji di Broad Peak minggu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kesemua mayat ditempatkan dalam keranda yang diselubungi bendera negara masing-masing sebelum diberikan penghormatan rasmi mengikut istiadat negara.
Urusan seterusnya melibatkan penghantaran ke Islamabad sebelum dibawa pulang ke negara asal masing-masing.
Dalam pada itu,pihak berkuasa turut merakamkan penghargaan kepada porter altitud tinggi,pasukan penyelamat dan pendaki yang terlibat dalam operasi membawa keluar mangsa dalam keadaan cuaca dan bentuk muka bumi yang mencabar.
Kelab Alpine Pakistan memaklumkan,empat daripada lima jenazah berkenaan berjaya ditemui pada 2 Ogos sebelum diterbangkan ke kem pangkalan pada 5 Ogos,manakala seorang lagi telah dipindahkan lebih awal.
Cuaca buruk bagaimanapun menangguhkan proses penghantaran ke Skardu sehingga keadaan kembali baik.
Sementara itu,dua lagi mangsa runtuhan salji,iaitu Nadhira Ahmed Abdullah Al Harthy dari Oman dan Pur Bahadur Gurung dari Nepal,telah ditemui lebih awal dan diterbangkan ke Skardu dalam penerbangan berasingan.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan sekiranya terdapat pendaki lain yang masih hilang.-REUTERS