16 Tahun ETS: 44.3 juta penumpang pilih perkhidmatan KTMB

2026-08-14 HaiPress

Gambar Hiasan/ Foto KTMB

KUALA LUMPUR,14 Ogos –Perkhidmatan Electric Train Service (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merekodkan 44.3 juta penumpang sepanjang 16 tahun sejak diperkenalkan pada 2010.

RINGKASAN BERITA AI

Pada masa sama,beliau berkata sambutan ulang tahun berkenaan bukan sekadar meraikan pencapaian ETS,malah menjadi kesempatan untuk KTMB menghargai seluruh penumpang yang terus memberi kepercayaan kepada perkhidmatan berkenaan.

Jelas beliau,KTMB mahu memastikan ETS terus berkembang bukan sahaja dari segi rangkaian dan kapasiti,malah memberi penekanan terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan serta pengalaman perjalanan pelanggan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja KTMB atas komitmen memastikan setiap perjalanan ETS dapat dilaksanakan dengan selamat dan lancar.

“Perjalanan 16 tahun ini adalah perjalanan kita bersama dan insya-Allah kita akan terus bergerak lebih jauh bersama-sama,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.